MODUL 1: Gaji Berpahala
Sinopsis:
Konsep ‘bekerja adalah ibadah’ diterapkan di dalam modul ini, syarat-syarat bagaimana bekerja menjadi satu ibadah, menjana rezeki yang berkat yang akan membawa ketenangan hidup, serta akibat daripada pengabaian tentang dasar ‘bekerja adalah ibadah’.
Objektif;
• Tanamkan keyakinan kepada peserta bahawa setiap tindak tanduk dalam bekerja ada kaitannya dengan agama.
• Mewujudkan inner system / keimanan yang mengawal prestasi kerja walaupun tidak diselia.
• Galakan dan dorongan agar sentiasa mempertingkatkan performance kerja
MODUL 2: Keluarga Bahagia Cemerlang Kerjaya
Sinopsis:
Berkongsi tentang tips-tips kebahagiaan di dalam rumahtangga berdasarkan panduan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w serta sejarah generasi terdahulu
Objektif:
• Melihat dan menilai kembali akan keadaan dan keperluan keluarga pada hari ini .
• Kebahagiaan rumahtangga akan memberikan kesan kepada kecemerlangan tugas-tugas di pejabat
MODUL 3; Rezeki Berkat Hati Tenang
Sinopsis:
Memberikan penekanan kepada integriti dalam bekerja dan kaitannya dengan keberkatan seperti bersikap jujur, amanah, kesungguhan untuk meningkatkan prestasi kerja dan sebagainya.
Objektif:
• Para pekerja berupaya meletakkan nilai keberkatan dalam bekerja sebagai visi utama mereka
MODUL 4: Kepentingan ‘Teamwork’ Ketika Bekerja
Sinopsis:
Memberikan penekanan tentang keperluan berkerja secara teamwork sehingga akhirnya mampu menyumbang faedah yang amat besar kepada semua pihak baik di pihak perkeja, majikan, malah kepada syarikat itu sendiri
Memberikan pencerahan tentang contoh-contoh praktikal teamwork dalam kehidupan Rasulullah s.a.w. dan diharmonikan dengan teori-teori moden
Objektif:
• Para pekerja mampu mengaplikasikan budaya teamwork dalam bekerja
• Mampu menanamkan di dalam diri para pekerja bahawa budaya teamwork adalah sunnah dan mengamalkannya akan memperoleh pahala
MODUL 5: Virus Perosak di Pejabat
Sinopsis:
Membincangkan tentang keburukan sifat-sifat negatif yang akan memberikan kesan yang tidak baik kepada organisasi seperti sifat dengki, cemburu, fitnah, ego, mementingkan diri sendiri dan pelbagai lagi
Objektif:
• Sebagai satu postmoterm kepada setiap perkerja tentang kewujudan sifat-sifat negatif tersebut serta sama-sama berusaha untuk merawatnya
MODUL 6: ‘Communication Skills’ Rasulullah s.a.w.
Sinopsis:
Membincangkan secara terperinci tentang teknik-teknik komunikasi Rasulullah s.a.w. dalam berhubungan sesama manusia
Objektif:
• Para pekerja akan dapat memperbaiki dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi ini ketika bersama rakan sepejabat, berhubungan dengan pelanggan, menjayakan pelan pemasaran dan sebagainya
MODUL 7: Impak Solat Kepada Kerjaya
Sinopsis:
Mengulangkaji tentang bagaimana melaksanakan solat dengan sempurna serta perkongsian tentang rahsia impak solat kepada kecemerlangan kerjaya
Objektif:
• Para pekerja akan berupaya memperbaiki kulaiti solat mereka sehingga mampu mendirkannya dengan khusyuk yang akhirnya akan memberikan kesan kepada keperibadian dan kecemerlangannya dalam kerjaya
MODUL 8: Ibu Bapa Cemerlang
Sinopsis:
Pendedahan tentang pendidikan anak-anak sebagaimana yang dianjurkan di dalam Islam
Perkongsian tentang bagaimana proses pendidikan anak-anak yang bermula sejak sebelum kelahiran dan selepas kelahiran
Perbincangan tentang amalan-amalan sunnah yang perlu dilaksanakan
MODUL 9; Impak Puasa Kepada Kualiti Kerja
• Tajuk ini akan dibentangkan sebelum atau ketika awal bulan Ramadhan
Sinopsis:
Perbincangan tentang bagaimana untuk meningkatkan kualiti puasa dan memahami hikmah-hikmahnya agar memebrikan impak kepada kualiti kerjaya
Objektif:
• Melaksanakan puasa yang terbaik yang mampu mengawal nafsu
MODUL 10: Barah Rasuah
Sinopsis:
Penjelasan tentang pengertian rasuah yang sebenarnya menurut Islam, bentuk-bentuk rasuah, serta dosa melakukan rasuah sebagaimana yang disebut di dalam Islam
Pendedahan tentang kesan negatif rasuah di dunia dan juga kesengsaraan yang bakan ditanggung di akhirat kelak
Objektif:
• Melahirkan para pekerja yang bersih daripada rasuah
MODUL 11: Bercuti Tingkatkan Kualiti
Sinopsis:
Penekanan tentang quality time bersama keluarga dan kesan yang amat besar kepada pembangunan kerjaya para pekerja
Perkongsian tentang adab-adab bercuti bersama keluarga agar sentiasa dalam pemeliharaan Allah